Friday, October 22, 2010

Tok Guru dan Facebook

Assalammualaikum semua :)

Yesterday (atau dalam bahasa utara kelmarin, orang KL pulak cakap semalam) saya pergi menemani kawan saya untuk ke pusat perubatan islam, Tok Guru cawangan Bangi. Kata kawan tersebut, perkhidmatan diberikan percuma pada setiap hari Khamis. So, kami student yang memang suka amik kesempatan pun tak lepaskan peluang ni. Dari perhatian saya, kebanyakan yang mendapatkan rawatan di sana bagi mengubati masalah sihir atau gangguan makhluk halus.

Saya ada beritahu ustaz yang saya kerap juga mimpi tentang kematian. Kata ustaz, ada 3 sebab kenapa kita mimpi kematian. Pertama, sebab peringatan dari Allah. Kedua, disebabkan buatan sihir. Ketiga, boleh jadi juga saka. Saya pun minta ustaz tolong 'scan' kot-kot la ada benda-benda yang tak diingini. Ustaz tu cuma tanyakan nama penuh dan bacakan ayat Al-Quran pada kepala, lepas tu ada jugak tekan-tekan kat bahu, bawah telinga dan celah-celah jari kaki. Alhamdulillah, takde apa-apa yang mencurigakan pada saya.

Ustaz tu juga pesan hati-hati terutamanya yang ada Facebook. Tersenyum saya bila ustaz sebut Facebook. Tak sangka Facebook pun ada kaitan dengan benda ni. Kata ustaz tu, hati-hati kalau upload gambar di Facebook sebab kalau ada orang berniat jahat atau nak kenakan sihir kat kita, dia boleh amik gambar kita kat Facebook tu, letak kat dalam patung tanah liat dan puja guna makhluk halus. Jangan senang-senang bagi gambar kita kat orang lain, pesan ustaz tu. Seriously, baru sedar pasal benda ni lepas hari ni. Memang tak bagus pun kita upload gambar kat Facebook. Selain dosa sebab mendedahkan aurat, kita juga taktau kalau-kalau orang ada dengki atau berniat nak kenakan kita dengan benda-benda macam ni. Baik laki ataupun perempuan, jom la kita remove semua gambar dari Facebook. Lagipun, kalau niat upload gambar-gambar tu sebab nak dapatkan pujian orang, nak orang suka, click 'like' banyak-banyak kali. Itu tambah lagi satu dosa riak dan bangga diri. Nauzubillah...

After that visit, I think I understand my friend a little bit more. I'm sorry that people judge my friend differently. Tapi sebagai umat islam, tak sepatutnya kita bersangka buruk dengan kawan-kawan kita. There's a famous quote that says " Before you judge other people, try walking in their shoes". That's so true. Tak sepatutnya kita menilai seseorang hanya dengan apa yang kita nampak. Sepatutnya kita cuba letak diri kita kat situasi dia,      and try to look things from their perspectives. You might understand things better. Bersyukurlah dengan nikmat yang tuhan kurniakan.

Last but not least, Selamat Hari Jumaat :)

1 hug(s) :

  1. Tilmeeza said...

    " Before you judge other people, try walking in their shoes". That's so true. Tak sepatutnya kita menilai seseorang hanya dengan apa yang kita nampak. Sepatutnya kita cuba letak diri kita kat situasi dia, and try to look things from their perspectives. You might understand things better.

    Well said sistah! <3 ;)