Saturday, September 4, 2010

Impian yang terkubur

Sebelum ni, impian tertinggi saya adalah untuk menjejakkan kaki ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat degree. Disebabkan salah dan lalai saya sendiri, impian itu sudah terkubur mati. Selepas setahun baru saya nampak hikmahnya, kenapa Allah tidak membiarkan saya pergi ke sana. Tak perlulah saya cerita di sini tentang hikmahnya. 


Setelah menjejakkan kaki ke MMU, banyak dugaan yang datang. Ditambah pulak dengan keadaan saya yang masih belum dapat menerima kenyataan yang saya tidak berjaya ke Austalia membuatkan saya betul-betul lemah. Bila berada dalam keadaan yang sangat lemah dan tertekan, dan tiada manusia mana pun yang dapat membantu, I turned to Allah. Dan pada saat itulah, aku menyesal kerana selama ini aku mensia-siakan Allah dan suruhanNya. Timbul di hati perasaan rindu dan ingin sekali dekat kepadaNya. 

Pada masa itu (2009) , saya bernekad ingin menunaikan umrah pada tahun depan (2010). Alhamdulillah, setelah saya sampaikan hasrat tersebut pada seorang sahabat saya dan meminta izinnya supaya dapat pergi menunaikan umrah bersama-sama keluarganya, mereka bersetuju menerima saya. Sungguh baik hati keluarganya. Semoga Allah memberkati keluarga mereka. Namum disebabkan saya manusia yang sentiasa lupa, halfway throughout the year, I forgot about it and I did not save enough money. Manusia seperti saya memang sentiasa lupa dan hanyut dengan dunia. Namun, kebetulan tahun ini, ibu bapa sahabat saya itu pergi menunaikan haji. Maka, umrah ditangguh kepada tahun berikutnya.

Petang tadi, sahabat saya itu menghantar sms mengatakan dia tidak lupa akan janjinya untuk menunaikan umrah bersama-sama saya. Terharu saya dibuatnya. Ingatkan impian itu juga terkubur bersama-sama Australia. Dengan itu, telah memberi semangat baru buat saya untuk kumpul duit semula. InsyaAllah, tahun depan kita akan pergi menunaikan umrah bersama-sama katanya. 

Maka hari ini, timbul semula semangat berkobar-kobar untuk melawat kota Mekah. Walaupun saving dah 00 buat masa ini. Dalam kiraan saya, kalau saya nak pergi umrah tahun depan, perlu kumpul dalam RM 550 sebulan. InsyaAllah, lepas ini saya akan sentiasa berjimat cermat. No more shopping for a year. No more spending on unnecessary things or food. Start trimester depan nak cari kerja part time. Belajar sambil kerja part time, kerana Allah. Saya sendiri tak pasti jika aku mampu berbuat demikian, sementara tak kerja sekarang pun tak cukup masa untuk belajar. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya. 

Umrah merupakan impian tertinggi dalam hidup saya. Sebelum saya berkahwin, saya nak melawat kota Mekah terlebih dahulu. Harap-harap impian ni dapat menjadi kenyataan sebelum Allah ambil nyawa saya. Doakan ya kawan-kawan :)



4 hug(s) :

  1. Shahrul Nizam Mohamed said...

    insyaAllah lah ye..(^_^)..

  2. Frida said...

    Thanks shah :)
    Jalan2 tanzim pegi umrah jom. hehe

  3. Anonymous said...

    InsyaAllah,, Amiin,,
    Ejah sponsor ckit,,
    pulon kje 3 bln t..
    hoho.. x dpt plkn,,(^_^)
    xoxokak,,
    salam,,

  4. Frida said...

    hehe. oo bagus la x dpt plkn. buang masa je pegi situ. masalah sosial teruk, budak2 jadi sooosiallll. haha.